𝟮-𝟯 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗛𝗧𝗣
Penganjuran sukan tahunan KTPC telah memasuki edisi ke – 4 pada tahun ini. Bagi tahun 2023, buat julung kalinya penganjuran melibatkan Kumpulan KTPC (KTPC dan anak-anak Syarikat).
Tujuan penganjuran kejohanan sukan tahunan ini adalah bagi memupuk 𝘸𝘰𝘳𝘬 𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘣𝘢𝘭𝘢𝘯𝘤𝘦, serta dengan adanya penglibatan dari Kumpulan KTPC dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan semangat kerja secara berpasukan antara KTPC dan anak-anak syarikat.
12 pasukan dari Kumpulan KTPC (6 KTPC, 2 KTechno, 2 KRDB, 1 KSS, 1 KBIO) berentap merebut kejuaraan bagi 6 kategori sukan yang dipertandingkan iaitu Badminton, Ping Pong, Karom, Congkak, Dart dan Sukaneka.
Bagi edisi tahun ini, 𝗝𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗼 𝟭 dengan mata terkumpul sebanyak 78 mata, dengan membawa pulang Piala Pusingan, hamper dan tajaan makan tengah hari atau Hi-Tea.
Kejohanan sukan ini turut menobatkan 𝗢𝗹𝗮𝗵𝗿𝗮𝗴𝗮𝘄𝗮𝗻; 𝗘𝗻. 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗭𝘂𝗹 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗯𝗶𝗻 𝗙𝗶𝘀𝗮𝗹 dari KTechno dan 𝗢𝗹𝗮𝗵𝗿𝗮𝗴𝗮𝘄𝗮𝘁𝗶; 𝗣𝗻. 𝗡𝘂𝗿𝗺𝗶𝘀𝗵𝗮 𝗞𝗵𝗼𝗿 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 dari KTPC.
Semoga penganjuran kejohanan sukan ini dapat diteruskan bagi mencungkil bakat – bakat baru dari kalangan kakitangan Kumpulan KTPC.
𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑼𝒓𝒖𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒍𝒊𝒃𝒂𝒕!