๐—ž๐—ง๐—ฃ๐—– ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜๐—ฆ – ๐—ช๐—›๐—˜๐—˜๐—Ÿ๐—ฆ ๐—ข๐—™ ๐—›๐—ข๐—ฃ๐—˜

๐Ÿฒ ๐—ก๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ž๐˜‚๐—น๐—ถ๐—บ

Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) menyumbangkan 40 unit kerusi roda untuk kegunaan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, Kedah. Simbolik penyerahan telah dilaksanakan oleh Y.Bhg. Datoโ€™ Mohd Sahil Zabidi; GCEO KTPC kepada Dr. Mohd Ruhaifi Ali; Pengarah Hospital Kulim disaksikan wakil pengurusan tertinggi KTPC dan pengurusan hospital.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah sebahagian daripada usaha KTPC untuk lebih cakna kepada keperluan masyarakat setempat.

Selain itu, program ๐˜ž๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (๐˜š๐˜ถ๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜Ž๐˜ฐ๐˜ข๐˜ญ๐˜ด). Kerjasama dan hubungan baik antara KTPC dan Hospital Kulim terhadap keperluan ekosistem Kulim Hi-Tech Park (KHTP) adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan;

SDG 3; menyumbang kepada peningkatan kualiti penjagaan kesihatan dan meningkatkan kehidupan pesakit;

SDG 11; menyokong pembangunan bandar yang mampan dengan memastikan aksesibiliti kepada hospital dan perkhidmatan kesihatan; dan

SDG 17; menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama dalam mencipta masyarakat yang lebih inklusif demi pembangunan mampan.

Diharapkan dengan adanya sumbangan melalui program ๐˜ž๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ ini dapat membantu pihak pengurusan hospital dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti.

wpChatIcon
Skip to content