𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗧𝗣𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝟯𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗕𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗔𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮
Minggu Kualiti KTPC 2023 telah melabuhkan tirai dan dimeriahkan dengan Majlis Penutup yang dihadiri lebih 80 orang kakitangan Kumpulan KTPC.
Majlis dimulakan dengan 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗦𝗜𝗥𝗜𝗠 𝗤𝗔𝗦 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 berkaitan dengan Pengenalan kepada Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ISO 37001) yang disampaikan oleh En. Mohd Azrul Hassan.
Tujuan perkongsian maklumat ini adalah bagi memupuk kesedaran kepada kakitangan serta memperkukuhkan sistem kawalan dalaman syarikat bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambahbaik langkah pengurusan anti rasuah.
Majlis diteruskan lagi dengan 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 bagi Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan juga Pertandingan Q Race 2023.
Hadiah bagi 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗤 𝗥𝗮𝗰𝗲 disampaikan oleh En. Noor Izam Ishak; Pengurus Jabatan Sewaan kepada 10 Kumpulan yang mendapat saguhati RM100.00 . Tempat pertama diungguli oleh Kumpulan Ace (RM400.00), Tempat Kedua Kumpulan Teletubbies (RM300.00) dan Kumpulan Chox Panneyqoum di tempat ketiga.
Seterusnya, bagi 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗞, sebanyak 7 kumpulan mendapat saguhati RM500.00 dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh En. Azhar Abd Hadi; Pengurus Jabatan Kemudahan Perniagaan. Pemenang bagi Kategori Penjimatan Kos Syarikat, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Chox Kreya yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,000.00 beserta sijil penyertaan. Manakala Kumpulan KTechno A telah mendapat tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM1,000.00 berserta sijil. Bagi Kategori Peningkatan Produktiviti Proses Kerja Sedia Ada, Kumpulan Bekerja Dengan Bijak telah meraih tempat pertama disusuli oleh Kumpulan Kuassa di tempat kedua.
Semoga Program Minggu Kualiti KTPC ini dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan dalam meningkatkan produktiviti kerja selain memupuk kerja secara berpasukan.
𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒍𝒊𝒃𝒂𝒕!