๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐ง๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ ๐๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐
๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐
๐๐ฌ๐ ๐๐, ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐๐ข-๐๐๐๐ก ๐๐๐ซ๐ค
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) menyokong penganjuran Program โ1 Warga MPKK 1 Pokokโ oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang berlangsung di Kawasan Lapang, Fasa 4A, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MPKK.
Program ini berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records menerusi penanaman sebanyak 700 batang pokok Tabebuia Pentaphylla (Tekoma) dalam tempoh satu minit sebagai simbol komitmen bersama terhadap agenda kelestarian alam sekitar dan pembangunan hijau.
YBhg. Datoโ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC turut hadir sebagai tanda sokongan serta menyertai aktiviti penanaman pokok bersama para jemputan dan peserta program.
KTPC amat menghargai inisiatif yang dilaksanakan oleh MPKK dalam memperkukuhkan imej Kulim sebagai sebuah bandar industri berteknologi tinggi yang mampan, hijau dan kondusif sejajar dengan aspirasi pembangunan KHTP.
Tahniah kepada MPKK atas kejayaan mencipta rekod Malaysia Book of Records dan semoga usaha penghijauan seperti ini terus memberi manfaat kepada masyarakat serta generasi akan datang.
Related Posts










