𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 “𝐅𝐚𝐬𝐭 𝐓𝐫𝐚𝐜𝐤 𝐀𝐩𝐩𝐫𝐨𝐯𝐚𝐥 (𝐅𝐓𝐀)” 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐏𝐁𝐓 𝐓𝐏𝐇𝐓𝐊

𝟏𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) atas pengenalan inisiatif baharu, “Fast Track Approval”; satu langkah progresif yang mencerminkan komitmen tinggi PBT TPHTK dalam memperkasa ekosistem pembangunan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak PBT TPHTK mengadakan sesi perkongsian “Fast Track Approval” yang sangat bermanfaat dan penuh nilai tambah kepada para pegawai dari Divisyen Jualan dan Divisyen Perkhidmatan Teknikal KTPC.
Sesi ini telah disampaikan dengan begitu jelas dan tersusun oleh dua Pegawai OSC PBT TPHTK, Cik Nur Shahirah Binti Mohd Faisol dan Cik Huril-Ain Binti Mohamad Nasir. Selain perkongsian ilmu berkaitan, pegawai turut berkongsi pengalaman dalam memperincikan proses dan inisiatif kelulusan pantas yang dilaksanakan.
Perkongsian ini bukan sahaja membuka ruang pemahaman yang lebih mendalam, malah mencerminkan komitmen tinggi pihak PBT TPHTK dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang efisien, responsif dan mesra pelabur.
Semoga kerjasama strategik seperti ini terus diperkasa, seterusnya menjadikan KHTP sebagai sebuah kawasan industri berteknologi tinggi berdaya saing tinggi, progresif dan menjadi contoh amalan terbaik di peringkat nasional.
Terima kasih atas dedikasi dan komitmen yang diberikan