๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฅ ๐๐ฎ๐ ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐
๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ | ๐๐ฅ๐จ๐ซ ๐๐๐ญ๐๐ซ
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) telah menerima dua pengiktirafan berprestij dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Syarikat Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pada hari ini.
KTPC telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Prestasi Kewangan 5 Tahun Berturut (2021โ2025) dan Anugerah Kecekapan Pengurusan Pelaporan Kewangan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan syarikat dalam aspek pengurusan kewangan, tadbir urus korporat serta prestasi organisasi yang konsisten.
Anugerah tersebut disampaikan oleh YAB Datoโ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah kepada En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK.
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan KTPC sebagai anak syarikat PKNK dalam mengamalkan tadbir urus korporat yang cemerlang, pengurusan kewangan yang berhemah serta keupayaan mengekalkan prestasi kewangan yang mampan dan konsisten.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga KTPC untuk terus memperkukuh kecemerlangan organisasi dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi Negeri Kedah dan kemajuan Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐๐ซ๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ญ๐๐ฌ ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐ข๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ค๐๐ง ๐ข๐ง๐ข!
Related Posts


