𝟐𝟎 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | KHTP Sports Complex
Sekitar suasana solat Jumaat pertama di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) hari ini yang dihadiri oleh ratusan warga kerja dan komuniti KHTP.
Simbolik sebagai lokasi sementara pelaksanaan Solat Jumaat, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan menyerahkan dokumen kebenaran rasmi kepada YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) sebelum solat dimulakan.
Khutbah Jumaat dan imam bagi pelaksanaan Solat Jumaat pertama ini telah disempurnakan oleh Tuan Muhamad Amin bin Fadzil, Penolong Pegawai Agama Daerah Kulim.
Solat Jumaat di Dewan Kompleks Sukan KHTP diteruskan setiap minggu sehingga pembinaan Masjid Sultan Sallehuddin (Masjid Daerah Kulim) siap sepenuhnya. Dewan ini memuatkan sehingga 1,440 jemaah, dengan ruang berwuduk yang selesa serta jualan makanan dan minuman di lokasi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah atas kebenaran yang diberikan, Jabatan Mufti Negeri Kedah atas pandangan dan panduan, serta Pejabat Agama Daerah Kulim atas penyelarasan pelaksanaan solat Jumaat di Kompleks Sukan KHTP.
Tahniah dan terima kasih juga kepada semua agensi, petugas dan pihak yang terlibat atas kerjasama dalam memastikan solat Jumaat pertama di lokasi ini berjalan lancar.
Kompleks Sukan KHTP tidak berstatus masjid. Sehubungan itu, jemaah tidak dituntut mendirikan solat sunat tahiyyatul masjid atau beriktikaf di dalam dewan berkenaan.









