𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗦𝗜𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗦𝗨𝗠𝗠𝗜𝗧 (𝗦𝗜𝗕𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟯 – SPARK 𝗣𝗔𝗩𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛

𝟭𝟵 – 𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝗟𝗖𝗖

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menyertai SIBS 2023 sebagai pempamer di bawah Pavilion Kedah yang diselaras oleh Invest Kedah Berhad (IKB).

SIBS 2023 anjuran Invest Selangor buat pertama kali membuka peluang kepada pemain industri luar dari negeri Selangor untuk mempamerkan keupayaan dan perkhidmatan dalam menyokong pembangunan pelabur.

Booth pameran Pavilion Kedah bertempat di bahagian Selangor Industrial Park Expo (SPARK), merupakan platform untuk pemain industri berkumpul dan meneroka lokasi berpotensi bagi mengembangkan perniagaan dan penyelesaian ekosistem.

KTPC mengambil peluang ini bagi mempromosikan zon industri baharu (IZP4 A) dan juga KHTP SME Park sepanjang pameran berlangsung.

Skip to content