SEMINAR ENVIRONMENTAL MANAGEMENT & SUSTAINABILITY

23 Oktober 2023

ALoft Hotel, Langkawi

Ketua Pegawai Operasi KTPC, En Che Abdul Khalid Md Din telah mewakili KTPC sebagai panel jemputan bagi seminar anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah.

Seminar ini dianjurkan bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2023. Lebih 200 orang peserta yang hadir terdiri daripada pemaju, penggerak projek, kontraktor, jururunding, juruaudit dan pihak yang bertanggungjawab menyediakan dan melaksanakan laporan Kesan Kepada Alam Sekitar.

Sebagai pemaju kawasan Kulim Hi-Tech Park, KTPC berkongsi pengalaman berkaitan dengan Best Practices in Development & Management of Industrial Estate.

Diharapkan perkongsian tersebut dapat memberi manfaat kepada semua peserta.

wpChatIcon
Skip to content