๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ค๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ข๐๐ข๐ฅ๐ฏ๐๐ซ ๐๐๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ฅ๐ฌ (๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐) ๐๐๐ง ๐๐ก๐
Landskap industri di Zon Perindustrian Fasa 2 (IZP 2), Kulim Hi-Tech Park (KHTP) terus berkembang dengan pembukaan rasmi fasiliti baharu iSilver Materials (Malaysia) Sdn. Bhd. pada hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC dan turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Zhou Youbin, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang, Pn. Nazlizan Abdullah, Pengarah MIDA Kedah/Perlis serta barisan pengurusan Good-Ark dan iSilver Materials.
iSilver Materials terlibat dalam pengeluaran pes perak (silver paste) untuk aplikasi sel solar, yang merupakan antara komponen penting dalam rantaian nilai teknologi tenaga alternatif. Kehadiran syarikat ini di KHTP bukan sahaja memperkukuh ekosistem malah dijangka mewujudkan sehingga 100 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Pembangunan fasiliti baharu yang beroperasi di KHTP hari ini mencerminkan keyakinan berterusan pelabur terhadap KHTP sebagai destinasi strategik bagi pelaburan.
KTPC akan terus komited dalam menyokong perjalanan dan perkembangan iSilver Materials, selaras dengan aspirasi KHTP untuk membangunkan ekosistem teknologi tinggi yang lengkap, mampan dan berdaya saing serta menjadi platform kepada syarikat tempatan dan antarabangsa untuk terus berkembang dan berinovasi.
Tahniah kepada iSilver Materials atas pembukaan rasmi fasiliti baharu ini dan Selamat Datang ke KHTP!
Related Posts
















