𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐝𝐚𝐧 𝐍𝐆𝐊 𝐄𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜𝐬 𝐃𝐞𝐯𝐢𝐜𝐞𝐬 (𝐌) 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝.

𝟐𝟕 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐩𝐚𝐬

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan NGK Electronics Devices (M) Sdn. Bhd. hari ini memeterai Perjanjian Pajakan bagi Plot 6, Zon Industri Fasa 4A (IZP 4A), Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Pemeteraian perjanjian ini mencerminkan keyakinan berterusan pihak industri terhadap KHTP sebagai destinasi strategik bagi pertumbuhan dan pengembangan operasi berteknologi tinggi.
Perjanjian pajakan ini juga merupakan satu lagi perkembangan positif dalam usaha KTPC memperkukuh ekosistem industri KHTP, di samping menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menyokong pertumbuhan pelabur sedia ada serta pembangunan industri berteknologi tinggi di kawasan ini.
Majlis turut disusuli dengan pertukaran dokumen, sesi fotografi serta lawatan fasiliti NGK Electronics Devices (M) Sdn. Bhd.
Tahniah kepada NGK dan selamat datang ke KHTP!