๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐ฎ๐๐ญ๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐๐

๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ | ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐๐ข-๐๐๐๐ก ๐๐๐ซ๐ค
Mufti Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang telah mengadakan kunjungan hormat ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) bagi meninjau perkembangan semasa serta mendapatkan pendedahan mengenai perancangan pembangunan dan inisiatif komuniti yang dilaksanakan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC).
Ketibaan delegasi disambut oleh barisan pengurusan KTPC sebelum menghadiri sesi taklimat yang disampaikan oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC. Taklimat merangkumi perkembangan terkini KHTP, hala tuju strategik serta peranan KHTP sebagai hab industri berteknologi tinggi yang menyokong pertumbuhan ekonomi dan pelaburan bernilai tinggi di negeri Kedah.
Lawatan diteruskan ke KHTP Sports Complex bagi meninjau kemudahan dan fasiliti yang disediakan sebagai persediaan ke arah pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti komuniti KHTP pada masa akan datang. Delegasi kemudiannya dibawa ke Kulim Golf Club; anak syarikat KTPC yang menawarkan kemudahan pelbagai fasiliti sukan dan juga majlis keramaian.
Kunjungan hormat ini mencerminkan hubungan baik antara kedua belah pihak serta diharapkan dapat terus memperkukuhkan jalinan kerjasama dalam menyokong pembangunan komuniti yang inklusif, seimbang dan mampan di KHTP.
Related Posts