๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐ฎ๐ญ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ฆ๐๐ง ๐ค๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐๐ข-๐๐๐๐ก ๐๐๐ซ๐ค
YBhg. Datoโ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menyambut kehadiran TYT Silke Riecken-Daerr, Duta Besar Jerman ke Malaysia, bersama delegasi bagi sesi kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah di KHTP Business Centre.
Kunjungan ini memberi peluang kepada delegasi untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai perkembangan operasi syarikat-syarikat Jerman di KHTP, antaranya Infineon, Schott dan Pfeiffer Vacuum. Pertemuan ini turut membuka ruang untuk bertukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama antara Kedah dan Jerman dalam bidang industri dan teknologi pada masa hadapan.
KHTP merakamkan penghargaan kepada TYT Duta Besar dan seluruh delegasi atas kunjungan ini. Semoga hubungan baik yang terjalin terus diperkukuh.
Related Posts






