𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐁𝐄𝐈𝐉𝐈𝐍𝐆: 𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐊𝐄 𝐊𝐇𝐓𝐏

𝟏𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐞𝐢𝐣𝐢𝐧𝐠, 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚
Memperkukuh kedudukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di persada pelaburan global!

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) mempergiat langkah strategik menembusi pasaran pelaburan China menerusi misi pelaburan ke Beijing, dengan fokus utama menarik pelaburan berteknologi tinggi, memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta memperkukuh daya saing KHTP sebagai destinasi pilihan pelabur global.
Misi ini turut disertai oleh YB Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah , EXCO Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi Dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah dan Encik Noor Ikhsan Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah.
Ia memberi tumpuan kepada penerokaan peluang pelaburan baharu, pengukuhan jaringan strategik dengan pemain industri di China serta usaha mempromosikan KHTP sebagai hab industri berteknologi tinggi yang kompetitif di peringkat antarabangsa.
Sebagai sebahagian daripada agenda misi, delegasi turut mengadakan pertemuan strategik bersama MIDA Beijing bagi menyelaraskan usaha promosi pelaburan, mengenal pasti potensi pelabur serta memperkukuh kerjasama dalam memudah cara kemasukan pelaburan dari China ke Kedah.