Perancangan hala tuju KTPC bagi tahun 2027 diteruskan melalui Annual Management Plan 2 (AMP 2) – Bajet 2027, dengan tumpuan kepada perincian bajet bagi menyokong pelaksanaan perancangan organisasi. Program ini merupakan kesinambungan daripada AMP 1 yang telah diadakan sebelum ini.
Menerusi pembentangan bajet setiap jabatan, sesi perbincangan dan “Budget Challenge”, cadangan perbelanjaan diperhalusi bagi memastikan peruntukan yang dirancang selari dengan keutamaan serta objektif strategik KTPC.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen KTPC dalam memastikan pengurusan kewangan yang cekap dan berhemah, di samping memperkukuh kecekapan operasi serta kemampanan organisasi.
#ONE KTPC: VALUE-DRIVEN, GROWTH-FOCUSED
Related Posts












