Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atas penganjuran penganjuran Klinik Pemurnian dan Pemantapan Inisiatif SPEED Selangor @Selayang sebuah platform yang membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pengalaman dan perspektif baharu.
Mewakili KTPC, sesi perkongsian telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Cik Aida Zainol Abidin, yang menekankan pentingnya kita menghargai keistimewaan dan kekuatan Malaysia serta memanfaatkan potensi yang dimiliki untuk terus melangkah ke hadapan.
Sesi turut dimeriahkan dengan Kahoot Challenge, menjadikan perkongsian lebih interaktif dan menarik dengan penyertaan aktif para peserta.
Tahniah kepada MPS atas inisiatif yang bermakna ini. KTPC menghargai peluang untuk berkongsi pandangan dan pengalaman bersama para peserta Klinik Pemurnian dan Pemantapan Inisiatif SPEED Selangor @Selayang.












