𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚–𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍

𝟏𝟕–𝟏𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐀𝐮𝐭𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐙𝐡𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐆𝐮𝐚𝐧𝐠𝐱𝐢, 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menerima jemputan daripada Department of Commerce of Guangxi Zhuang Autonomous Region (DofCom Guangxi) dan Green Partnership of Industrial Parks in China (GPIPC) untuk menyertai program China–ASEAN di Nanning, Guangxi.
Dalam China–ASEAN Special Economic Zone Sustainable Development Workshop, Ketua Pegawai Operasi KTPC, Cik Aida Zainol Abidin, berkongsi pengalaman KTPC membangunkan dan mengurus Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebagai ekosistem industri berteknologi tinggi yang mampan. KTPC turut menyertai sesi perkongsian berhubung garis panduan taman perindustrian UNIDO.
Sepanjang lawatan, delegasi KTPC meninjau pembangunan strategik di Guangxi, termasuk China–ASEAN Expo 2026, Pusat Pameran Terusan Pinglu dan pusat inovasi kecerdasan buatan China–ASEAN. KTPC juga mengadakan sesi libat urus dengan peneraju industri yang berminat meneroka peluang pelaburan di KHTP.
Penyertaan ini memperluas jaringan serantau KTPC dan membuka peluang kerjasama baharu. Terima kasih kepada DofCom Guangxi, GPIPC dan UNIDO atas jemputan serta peluang yang diberikan.