𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 𝐇𝐈-𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟏𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐒𝐩𝐨𝐫𝐭𝐬 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐱

KHTP Unity Fun Walk 2026 hari ini berjaya melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records bagi kategori “𝐋𝐚𝐫𝐠𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢𝐜𝐢𝐩𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐢𝐧 𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐅𝐮𝐧 𝐖𝐚𝐥𝐤”, dengan penyertaan seramai 3,621 peserta.
Lebih bermakna, kejayaan ini dilakar pada Hari Malaysia, menghimpunkan warga industri Kulim Hi-Tech Park (KHTP), agensi kerajaan dan swasta, komuniti, pelajar serta keluarga dalam satu semangat kebersamaan dan perpaduan.
Setinggi-tinggi ucapan TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada kesemua 3,621 peserta yang hadir dan menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Tidak dilupakan semua rakan strategik, para penaja, agensi, syarikat industri, petugas serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program hari ini.
Rekod ini milik KITA SEMUA!
Selamat Hari Malaysia!