𝐀𝐓&𝐒 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤 (𝐊𝐇𝐓𝐏)

𝟐𝟒 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

KHTP terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab industri teknologi tinggi dan semikonduktor menerusi perkembangan berterusan para pelaburnya.
Susulan kejayaan pemeteraian Perjanjian Pajakan Tanah bagi Plot 9, AT&S Malaysia sekali lagi memperluaskan komitmennya di KHTP menerusi pemeteraian Perjanjian Pajakan Tanah bagi Plot 7 dan Plot 8 di Zon Industri Fasa 4A (IZP 4A) bersama Kulim Technology Park Corporation (KTPC).
Pemeteraian ini mencerminkan keyakinan berterusan AT&S Malaysia terhadap KHTP sebagai lokasi strategik bagi menyokong keperluan perniagaan dan operasi syarikat pada masa hadapan.
KTPC amat menghargai kepercayaan dan komitmen berterusan AT&S Malaysia serta berharap kerjasama ini akan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem semikonduktor dan pertambahan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di KHTP.