Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Tuan Abd Halim bin Ismail,Ketua Imigresen Pejabat Imigresen Cawangan Kulim yang baharu ke Pejabat KTPC.
Delegasi telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, Dato’ Mohd Sahil Zabidi bersama barisan pengurusan. Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan strategik serta memperkukuh kerjasama antara KTPC dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Turut dibincangkan pelbagai perkara berkaitan kepentingan bersama, khususnya dalam menyokong kelancaran urusan pelaburan dan keperluan komuniti industri di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), selaras dengan aspirasi menjadikan KHTP sebagai destinasi pelaburan berteknologi tinggi yang berdaya saing.
KTPC merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap jalinan kerjasama erat ini akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama serta pembangunan berterusan KHTP




