Kulim Technology Park Corporation (KTPC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unigen Technology Sdn. Bhd. atas kejayaan Majlis Perasmian Pembukaan Rasmi fasiliti di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Majlis ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh kedudukan KHTP sebagai destinasi pilihan pelaburan berteknologi tinggi, sekali gus menyokong pertumbuhan industri di Malaysia.
KTPC turut berbesar hati diwakili oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, yang hadir bagi bersama merasmikan majlis.
KTPC berharap kerjasama strategik ini akan terus menyumbang kepada pembangunan industri berteknologi tinggi, inovasi serta pertumbuhan ekonomi negara.
Sekalung tahniah kepada Unigen!









