๐๐๐๐ ๐๐ข๐ง๐จ๐๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ก๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐โ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ฌ ๐๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐๐ฑ
Tahniah kepada pasukan KTPC yang berjaya muncul sebagai Juara Keseluruhan dalam Sukan Persahabatan KTPCโNCER 2026 yang berlangsung di KHTP Sports Complex.
Program ini mempertandingkan empat acara sukan iaitu futsal, badminton, pickleball dan ping pong. Turut mencuri tumpuan ialah perlawanan ping pong persahabatan antara Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC dan Dato’ Mohamad Haris Kader Sultan, Ketua Eksekutif NCER yang menjadi antara detik paling menarik sepanjang program berlangsung.
Program ini juga merupakan tanda penghargaan kepada pihak NCER Malaysia atas sokongan yang telah diberikan dalam pembangunan KHTP Sports Complex, yang kini menjadi kemudahan rekreasi dan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti Kulim Hi-Tech Park.
Sejak penubuhannya pada 2016, KHTP Sports Complex telah merekodkan lebih 250,000 pengunjung serta menjadi lokasi bagi lebih 300 program dan aktiviti yang melibatkan pelbagai agensi, organisasi, komuniti dan warga KHTP.
Terima kasih kepada semua peserta, penyokong dan urus setia yang telah menjayakan program ini. Semoga hubungan baik, semangat kesukanan serta kerjasama erat antara KTPC dan NCER akan terus berkekalan demi pembangunan komuniti dan kesejahteraan bersama.
Related Posts





















