๐Š๐“๐๐‚ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐  ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐š๐ฆ๐š๐ง ๐Ÿ•๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Ÿ ๐Œ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐Ž๐ฅ๐ž๐ก ๐Œ๐๐Š๐Š

๐Ÿ— ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐…๐š๐ฌ๐š ๐Ÿ’๐€, ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐‡๐ข-๐“๐ž๐œ๐ก ๐๐š๐ซ๐ค
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) menyokong penganjuran Program โ€œ1 Warga MPKK 1 Pokokโ€ oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang berlangsung di Kawasan Lapang, Fasa 4A, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MPKK.
Program ini berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records menerusi penanaman sebanyak 700 batang pokok Tabebuia Pentaphylla (Tekoma) dalam tempoh satu minit sebagai simbol komitmen bersama terhadap agenda kelestarian alam sekitar dan pembangunan hijau.
YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC turut hadir sebagai tanda sokongan serta menyertai aktiviti penanaman pokok bersama para jemputan dan peserta program.
KTPC amat menghargai inisiatif yang dilaksanakan oleh MPKK dalam memperkukuhkan imej Kulim sebagai sebuah bandar industri berteknologi tinggi yang mampan, hijau dan kondusif sejajar dengan aspirasi pembangunan KHTP.
Tahniah kepada MPKK atas kejayaan mencipta rekod Malaysia Book of Records dan semoga usaha penghijauan seperti ini terus memberi manfaat kepada masyarakat serta generasi akan datang.