𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧) 𝐌𝐈𝐃𝐀 𝐤𝐞 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤 (𝐊𝐇𝐓𝐏)

𝟐𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) hari ini telah menerima lawatan kerja oleh YBrs. Puan Zuaida Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) Malaysian Investment Development Authority – MIDA bersama delegasi ke KHTP. Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC bersama Barisan Pengurusan Tertinggi KTPC, Pengurus Kanan serta kakitangan.
Sepanjang lawatan, delegasi telah dibawa meninjau beberapa lokasi strategik di sekitar KHTP termasuk KHTP Skills Centre, KHTP TVET Residence, Kawasan Perindustrian Fasa 4A, KHTP SME Park, KHTP Sterilisation Services, Centralised Labour Quarters (CLQ) serta Kulim Golf Club.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh terhadap kemudahan, ekosistem industri serta sokongan pembangunan bakat yang ditawarkan di KHTP.
Semoga hubungan strategik ini terus diperkukuh dalam menyokong agenda pembangunan pelaburan berimpak tinggi di KHTP.