Delegasi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang diketuai oleh Encik Mazuki Abdullah @ Muhammad, Pengarah Urusan Kumpulan telah mengadakan sesi lawatan kerja ke KHTP.
Lawatan dimulakan dengan mengikuti sesi taklimat pembangunan KHTP yang telah disampaikan oleh Encik Mustaffa Said, Ketua Pegawai Pelaburan KTPC. Sesi ini memberi gambaran menyeluruh mengenai ekosistem industri, pelaburan serta pembangunan strategik di KHTP. Seterusnya, delegasi dibawa melawat ke KHTP Xperience Centre (KXR) bagi mendapatkan pengalaman lebih dekat melalui dunia digital dan virtual.
Sesi lawatan seterusnya diketuai oleh Encik Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC ke Kulim Golf Club, bagi memperkenal fasiliti sukan dan keraian yang disediakan dan delegasi kemudian dibawa melawat ke KHTP Skills Centre serta KHTP TVET Residence bagi melihat sendiri kemudahan dan inisiatif pembangunan bakat yang disediakan.
Pada sebelah petang, delegasi meneruskan lawatan ke SilTerra Malaysia bagi melihat sendiri fasiliti dan teknologi terkini yang digunakan dalam sektor fabrikasi wafer.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan hubungan strategik serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa akan datang.














