Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) menerima lawatan kerja delegasi Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia, yang diketuai oleh Tuan Mohd Hassan bin Ahmad, Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik.
Ketibaan delegasi disambut mesra oleh barisan pengurusan tertinggi KTPC dan delegasi dibawa ke KHTP Xperience Centre (KXR) bagi mengenali latar belakang dan pembangunan KHTP melalui pengalaman digital. Seterusnya diikuti dengan sesi taklimat oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, mengenai perkembangan serta perancangan pembangunan KHTP.
Delegasi turut mengadakan lawatan tapak ke IZP 5 bagi melihat dengan lebih dekat kawasan pembangunan tersebut, dengan taklimat di tapak disampaikan oleh Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Operasi.
KTPC merakamkan penghargaan kepada delegasi atas kunjungan dan perhatian terhadap pembangunan KHTP sebagai hab perindustrian berteknologi tinggi negara.
Related Posts
















