Taklimat e-Invoice oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐Š๐‡๐“๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž

Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) telah menganjurkan Taklimat E-invoice yang telah disampaikan oleh Puan Azmiyah binti Osman, Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Kedah, diiringi oleh Puan Soo Peik Thoo dan Puan Shairulniza binti Mohd Noor.

Seramai 73 orang peserta daripada 36 syarikat industri di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) telah menghadiri sesi taklimat ini.

KTPC mengambil inisiatif untuk menganjurkan sesi taklimat berkenaan e-invoice sebagai platform kepada industri untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan prosedur, pengurusan, peranan dan tanggungjawab syarikat dalam pelaksanaan e-invoice yang bakal dilaksanakan pada 1 Ogos 2024 bagi Syarikat yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM100juta dan ke atas.

Sesi soal jawab di antara Pegawai LHDNM dengan para peserta semasa taklimat merupakan pengisian yang amat penting dalam membantu meningkatkan pemahaman peserta bagi pelaksanaan e-invoce.

Terima kasih kepada semua wakil syarikat yang terlibat dan semoga taklimat ini memberi manfaat kepada peserta terutama pelabur dan penyewa di KHTP.

Related Posts

Skip to content