SEMINAR PENGURUSAN KEPERLUAN EXPATRIAT DI MALAYSIA

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐Š๐‡๐“๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž

Baru-baru ini, Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd telah menganjurkan Seminar Pengurusan Keperluan Expatriat yang telah dihadiri oleh seramai 33 wakil majikan yang terdiri daripada pelabur sektor pengilangan di KHTP.

KTPC mengadakan sesi taklimat mini dan bizklinik yang bertujuan untuk menyediakan platform kepada industri di KHTP untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan prosedur, pengurusan, peranan dan tanggungjawab majikan serta pekerja expatriat yang dibawa masuk bekerja ke dalam Malaysia terutama di KHTP.

Antara pengisian seminar, para hadirin telah diberi pendedahan terperinci berkenaan pengurusan keperluan expatriat dari Agensi Pelulus yang dijemput sebagai Penceramah Khas seperti Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, Malaysian Expatriate Service Centre Sdn Bhd (MYXpats), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Perkeso Negeri Kedah dan MIDA (Bahagian Pengurusan Talent Industri & Ekpatriat).

Seminar ini diakhiri dengan sesi biz klinik bagi memberi khidmat rundingan dan konsultasi secara terus antara majikan dan agensi pelulus.

Perkhidmatan Korporat merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh KTPC dalam menyelaraskan khidmat rundingan kepada one stop solution bagi melancarkan urusan pelabur di KHTP pada peringkat awal operasi seperti permohonan LMW, lesen Pengilangan, pendaftaran pajakan, penubuhan syarikat, pemilikan asing dan lain-lain urusan.

Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat, semoga seminar dan biz klinik ini dapat memberi manfaat kepada para majikan terutama pelabur di KHTP.

Related Posts

wpChatIcon
Skip to content