MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN AT&S TECHNOLOGIES & SYSTEMTECHNIK (MALAYSIA) SDN BHD

𝟐𝟒 𝐉𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏
Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada AT&S di atas majlis pembukaan pada hari ini.
Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dr. Haim Hilman Abdullah mewakili YAB Menteri Besar Kedah.
Pengurusan tertinggi KTPC, YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Encik Che Abdul Khalid Md Din selaku Ketua Pegawai Operasi turut hadir bersama bagi meraikan majlis.
Sebagai sebuah syarikat pembuatan litar bersepadu (IC) substrat, AT&S telah membuka peluang pekerjaan dengan menawarkan sebanyak 6,000 tenaga kerja dalam pelbagai bidang berkemahiran tinggi.
Bagi memastikan perkembangan pelaburan di negeri Kedah khasnya, KTPC selaku pengurus dan pemaju Kulim Hi-Tech Park, akan terus memberikan sokongan kepada para pelabur sedia ada dan bakal pelabur berpotensi.
wpChatIcon
Skip to content