𝟐𝟖 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐌𝐊 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠
Siri Jelajah KHTP Edu-Tour (𝘌𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘛𝘰𝘶𝘳) diteruskan ke Sek Men Kebangsaan Datuk Syed Ahmad, Kuala Nerang dengan penyertaan seramai 150 orang pelajar yang terdiri khusus daripada pelajar tingkatan 4 yang akan menghadapi SPM tahun hadapan.
Sesi taklimat Edu Tour kali ini disampaikan oleh Tuan Ts. Abdul Syukur Ahmad, Ketua Jabatan Inovasi & Teknologi Digital KTPC. Para pelajar didedahkan dengan pembentukan dan pembangunan semasa di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) serta peluang kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang ditawarkan.
Semoga program kali ini dapat memberi pendedahan dan ilmu berkaitan Sains & Teknologi kepada pelajar yang terlibat.