BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMURNIAN ‘KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)’ PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (PKNK)

𝟏𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐑𝐚𝐢𝐚 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥, 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menjalinkan kerjasama bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dalam Pembangunan dan Pemurnian semula KPI PKNK selaras dengan enam (6) Teras & Fokus Halatuju Strategik 5 Tahun (2024-2028) yang telah dibangunkan.

Satu bengkel telah dilaksanakan di Raia Hotel & Convention Centre yang dikendalikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil Zabidi, Cik Aida Zainol Abidin dan Puan Suriza Jaafar. Bengkel ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Wira Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Pegawai Korporat, Ketua Pegawai Pentadbiran, Pengurus Kanan, Pengurus-pengurus, Ketua Bahagian, Ketua Unit serta Pegawai-pegawai PKNK.

Semoga usaha ini dapat memberi nilai tambah dalam penetapan sasaran yang jelas berkonsepkan ‘SMART’ dan ’Result-Oriented’ agar ianya dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan kearah menyokong visi dan misi PKNK.

Skip to content