๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐— 

๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—›๐—œ-๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ž
Sesi ramah mesra bersama YDH Supt. Mohd Azizul bin Mohd Khairi; Ketua Polis Daerah Kulim merupakan anjuran Kulim Industrial Tenants Association (KITA).
Kehadiran pengurus keselamatan syarikat-syarikat di Kulim Hi – Tech Park (KHTP) disambut baik oleh pegawai-pegawai kanan IPD Kulim dan ASP Vasu A/L Kuppusamy; Ketua Balai Polis KHTP.
Hadir bersama, Tuan Haji Ku Masharizal Ku Mahmood selaku Ketua Unit Kawalan Keselamatan dan Kesihatan KTPC.
Perbincangan utama adalah berkaitan kerjasama antara polis dan komuniti KHTP dalam menangani jenayah. KTPC sebagai pengurus dan pemaju kawasan perindustrian KHTP menyambut baik serta memberi sokongan terhadap usahasama antara pihak polis, wakil industri dan komuniti.
Jalinan hubungan baik ini amatlah penting bagi memastikan kemaslahatan warga kerja dan komuniti, dalam usaha menjadikan KHTP kawasan bebas jenayah.
wpChatIcon
Skip to content