𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗤 𝗥𝗔𝗖𝗘 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗧𝗣𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯

𝟮𝟲 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝗛𝗧𝗣 𝗕𝘂𝘀𝗶𝗻𝗲𝘀𝘀 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲

Pertandingan Q Race 2023 ini diinspirasikan daripada pertandingan 𝐸𝑥𝑝𝑙𝑜𝑟𝑎𝑐𝑒 dan 𝑇𝑟𝑒𝑎𝑠𝑢𝑟𝑒 𝐻𝑢𝑛𝑡, di mana ia dapat memupuk kerjasama di kalangan kakitangan dan meningkatkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.

Sebanyak 13 kumpulan menyertai pertandingan ini yang melibatkan 52 orang kakitangan KTPC.
Antara pengisian Q Race 2023 ini adalah cadangan penambahbaikan fasiliti bangunan yang baharu, pelaksanaan penambahbaikan yang telah selesai, kemahiran mengatur strategi seperti 𝑃𝑢𝑧𝑧𝑙𝑒, 𝑇𝑜𝑤𝑒𝑟 𝐶𝑎𝑟𝑑, 𝐹𝑙𝑖𝑝 𝐵𝑜𝑡𝑡𝑙𝑒, 𝐹𝑙𝑦 𝐵𝑎𝑙𝑙 dan Silang Kata / 𝐶𝑟𝑜𝑠𝑠𝑤𝑜𝑟𝑑.

Bagi meningkatkan kualiti dan daya berfikir, para peserta dikehendaki menyelesaikan petunjuk-petunjuk yang telah disediakan di setiap 𝐶ℎ𝑒𝑐𝑘𝑝𝑜𝑖𝑛𝑡 di KHTP Business Centre.

Pemenang bagi Pertandingan Q Race 2023 akan diumumkan pada hari Penutup Minggu Kualiti KTPC 2023 yang akan diadakan pada 31 Oktober 2023 (Selasa).

Semoga pertandingan ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan syarikat. Syabas kepada pihak Urusetia dan peserta Q Race 2023!

Skip to content