๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—š๐—œ๐—”๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—˜๐—ž ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—›๐—ง๐—ฃ

ย 

๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐—›๐—ง๐—ฃ ๐—•๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜€ ๐—–๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฒ

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menerima kunjungan hormat dari GIATMARA Prima Tasek Gelugor yang diketuai oleh Encik Mohamed Ferdous bin Othman; Pengurus Kanan GIATMARA Prima Tasek Gelugor dan deligasi.

Objektif kunjungan ini adalah bagi membincangankan berkaitan ketersediaan pekerja-pekerja mahir dan jaringan industri dengan akademia di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

KTPC turut berkongsi berkaitan pembangunan serta perancangan masa hadapan dan program-program latihan yang ditawarkan oleh anak Syarikat KTPC; Kulim Advanced Technologies Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat merangkap Pengarah Eksekutif Kulim Advanced Technologies Sdn. Bhd.

Deligasi juga berpeluang bertemu dengan Y.Bhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC selepas selesai sesi taklimat.

Diharapkan sesi kunjungan ini dapat membuka peluang jalinan kerjasama dan kolaborasi antara kedua-dua pihak bagi melahirkan tenaga kerja mahir bagi menyokong keperluan industri di KHTP.

wpChatIcon
Skip to content