๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฅ. ๐—›๐—”๐—œ๐—  ๐—›๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—›๐—œ-๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ž (๐—ž๐—›๐—ง๐—ฃ)

๐Ÿณ ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐—›๐—ง๐—ฃ

Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) menerima kunjungan dari YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi Dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah, merangkap Ahli Lembaga Pengarah KTPC bagi lawatan kerja ke KHTP.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk mengikuti perkembangan terkini KTPC dan anak-anak syarikat KTPC serta pembangunan sekitar kawasan industri KHTP.
Sesi dimulakan dengan pengenalan kepada warga kerja KTPC di KHTP Business Centre dan diteruskan dengan kunjungan ke anak-anak syarikat KTPC yang diiringi oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, GCEO KTPC bersama barisan pengurusan tertinggi KTPC dan anak-anak syarikat.
YB turut berkesempatan melawat tapak-tapak projek semasa KTPC di sekitar kawasan industri disamping berkongsi pandangan dan buah fikiran dalam memperkasakan lagi KTPC agar menjadi The Greater KTPC selaras dengan Kedah 2035.
“Hari ini KTPC dan KHTP sudah menjadi satu penanda aras yang tinggi daripada negeri dan negara lain. Perkara ini yang akan membuatkan Kedah lebih konsisten untuk meningkat maju”, YB Dr. Haim Hilman.

Terima kasih atas kesudian dan kelapangan masa untuk bersama warga Kumpulan KTPC pada hari ini. Diharapkan hasil daripada lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi sokongan dari pihak YB serta Kerajaan Negeri dalam membangunkan KHTP.

wpChatIcon
Skip to content