𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗘𝗫𝗖𝗢 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡

𝟭𝟱 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡
Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) telah mengadakan kunjungan ke atas YB Exco Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan; YB Mejar (B) Mansor Zakaria.
Tujuan utama kunjungan adalah untuk berkongsi mengenai pembangunan semasa dan perancangan masa hadapan Kulim Hi – Tech Park (KHTP), yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, GCEO KTPC.
Pengarah MIDA Kedah; Encik Mohd Rushdan Mohd Ghazali turut serta bersama dalam sesi kunjungan hormat kali ini.
Semoga hubungan kerjasama antara semua pihak dapat memberi manfaat dan impak positif kepada pembangunan masa hadapan KHTP.
Skip to content