𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗨𝗧𝗔 𝗝𝗘𝗥𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠 𝗛𝗜 – 𝗧𝗘𝗖𝗛 𝗣𝗔𝗥𝗞 (𝗞𝗛𝗧𝗣)

𝟮𝟳 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝗛𝗧𝗣 𝗕𝘂𝘀𝗶𝗻𝗲𝘀𝘀 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲
Kunjungan Duta Jerman ke Malaysia, TYT Dr. Peter Blomeyer ke KHTP disambut mesra oleh En. Mustaffa Said selaku Ketua Divisyen Inovasi dan Pengurusan Prestasi, mewakili GCEO Kulim Technology Park Corporation (KTPC).
Antara intipati perbincangan adalah mengenai perkembangan semasa syarikat-syarikat Jerman di KHTP dan meneroka pengalaman KTPC dalam menguruskan kawasan perindustrian KHTP.
KTPC turut berkongsi berkaitan pembangunan serta perancangan masa hadapan KHTP yang disampaikan oleh Pn. Noor Aina Umar; Ketua Jabatan Jualan dan Perhubungan Pelabur.
Diharapkan sesi kunjungan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala KHTP – Jerman dalam menyediakan ekosistem yang baik kepada pelabur dan membuka lebih banyak peluang pelaburan dari negara Jerman ke KHTP.
Skip to content