Lebih 50 ribu orang hadir ke Himpunan Solidariti Untukmu Palestin bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin. Himpunan ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Kedah sebagai tanda keprihatinan dan memberi sumbangan kepada Solidariti Palestin.
Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) turut memberi sumbangan sebanyak RM30,000.00 sahaja sebagai tanda sokongan dan ambil peduli dalam isu kemanusian terhadap Palestin. Encik Muhamad Hanif bin Omar Baki selaku wakil KTPC membuat penyerahan 𝑀𝑜𝑐𝑘 𝐶ℎ𝑒𝑞𝑢𝑒 kepada YAB. Menteri Besar Kedah semasa pelancaran sumbangan.
Secara keseluruhan, himpunan ini telah berjaya mengumpulkan lebih RM2 juta bagi pembinaan hospital baharu di Gaza. Semoga usaha berterusan dan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada saudara-saudara kita di Palestin.
𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒕𝒉𝒆 𝑹𝒊𝒗𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒕𝒉𝒆 𝑺𝒆𝒂,
𝑷𝒂𝒍𝒆𝒔𝒕𝒊𝒏𝒆 𝑾𝒊𝒍𝒍 𝒃𝒆 𝑭𝒓𝒆𝒆!