𝐖𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐓𝐏𝐂 : 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝟔𝟎𝟎 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐧𝐚𝐟

𝟓 𝐀𝐩𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

Jawatankuasa Wakalah Zakat KTPC (JWZ) telah menyampaikan agihan zakat perniagaan sebanyak RM135,600.00 kepada lebih 600 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.

Agihan zakat tahun ini lebih bermakna dengan inisiatif dari Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dalam menetapkan kawasan Dun untuk disantuni oleh setiap Anak Syarikat Kumpulan PKNK. Inisiatif ini adalah bagi memastikan kemakmuran hasil syarikat kerajaan negeri dapat dinikmati oleh semua rakyat negeri Kedah.

Dun yang terpilih untuk KTPC bagi tujuan agihan zakat kepada para asnaf adalah di kawasan:
– Dun Lunas;
– Dun Kuala Ketil;
– Dun Merbau Pulas; dan
– Parlimen Padang Serai.

Seterusnya, majlis penyampaian agihan zakat disampaikan oleh Ts. Mohd Azrulfitri Mohd Yusof, Ketua Divisyen Pembangunan Tanah selaku wakil pengurusan KTPC, diiringi oleh En Azhar Abd Hadi, Pengerusi JWZ KTPC kepada:
– Kakitangan KTPC dan Anak Syarikat yang layak;
– Pekerja kawalan keselamatan, penyelenggaran dan landskap KTPC:
– Pesara KTPC yang layak; dan
– Pelajar latihan industri KTPC dan Anak Syarikat.

Sebagai sebuah organisasi korporat dinegeri Kedah yang bertanggungjawab mengurus dan memajukan kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park, KTPC akan sentiasa menjalankan tanggungjawab sosial dan menyantuni golongan asnaf melalui JWZ bagi menyalurkan bantuan serta agihan zakat kepada golongan yang layak.

Semoga dengan agihan zakat ini dapat membantu mengurangkan beban dalam menyediakan keperluan sepanjang Ramadan serta persediaan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

𝑲𝒂𝒊𝒏 𝒔𝒐𝒏𝒈𝒌𝒆𝒕 𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒆𝒍𝒂
𝑫𝒊𝒕𝒆𝒏𝒖𝒏 𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒓𝒂𝒎𝒃𝒊 𝒓𝒖𝒎𝒂𝒉
𝒁𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒊𝒉𝒖𝒍𝒖𝒓, 𝒂𝒔𝒏𝒂𝒇 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒆𝒍𝒂
𝑹𝒆𝒛𝒆𝒌𝒊 𝒅𝒊𝒌𝒐𝒏𝒈𝒔𝒊 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒎𝒎𝒂𝒉

Skip to content