𝟐𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦
Kontijen Kumpulan KTPC yang diketuai oleh Ts. Mohd Azrulfitri Mohd Yusof, telah menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kulim bersama 37 kontijen lain yang terdiri daripada wakil Mukim, Agensi Kerajaan dan NGO.
Dengan penyertaan hampir 1,500 orang, majlis ini merupakan anjuran Pejabat Daerah Kulim, Pejabat Agama Daerah Kulim dengan Kerjasama Masjid Al-Jamiul Makmur Kulim.
Semoga majlis ini dapat memupuk semangat dan kecintaan berterusan dalam mengingati baginda Rasulullah.