𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐆𝐮𝐥𝐭𝐞𝐜𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

𝟏𝟏 𝐍𝐨𝐯 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐈𝐙𝐏 𝟒𝐀, 𝐊𝐇𝐓𝐏

KHTP hari ini telah menyaksikan majlis pecah tanah pertama di Zon Perindustrian Fasa 4A (IZP 4A) oleh Gultech Malaysia Sdn Bhd yang merupakan pelabur pertama IZP 4A. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah.

Hadir bersama YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC serta dif-dif jemputan yang lain.

Sebagai syarikat pembuatan papan litar bercetak (Printed Circuit Board – PCB), Gultech telah membuat pelaburan sebanyak RM300 juta dan membuka 400 peluang pekerjaan bagi fasa pertama.

Semoga dengan pembukaan fasiliti baharu ini dapat menyokong perkembangan industri berteknologi tinggi serta ekonomi setempat.

Tahniah Gultech!

Skip to content