𝟏𝟒 𝐀𝐩𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐥𝐮𝐛
Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan KTPC tahun ini disambut penuh meriah dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi KTPC dan YBhg. Dato’ Wira Hj. Isahak Bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis.
Membawa kelainan dengan penganjuran di Ballroom Kulim Golf Club, hampir 1,500 orang tetamu hadir terdiri daripada Pelabur dan Penyewa di KHTP, Jabatan-jabatan Kerajaan, Agensi-agensi Teknikal, Institusi Pendidikan dan Perbankan serta pemegang taruh syarikat Kumpulan KTPC.
Semoga majlis ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara KTPC selaku pemaju dan pengurus KHTP dengan seluruh pemegang taruh yang sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan KHTP.
𝑵𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒐𝒍𝒆𝒌𝒔𝒊 𝒈𝒂𝒎𝒃𝒂𝒓 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝒃𝒆𝒓𝒍𝒂𝒏𝒈𝒔𝒖𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒑𝒐𝒔𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔𝒏𝒚𝒂!