𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐬 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑) 𝐊𝐞 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤 (𝐊𝐇𝐓𝐏)

𝟐𝟐 𝐎𝐤𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

Pengerusi KESEDAR, YBhg. Datuk Haji Zawawi Haji Othman bersama delegasi telah membuat kunjungan hormat ke KHTP bagi lawatan penanda aras dalam meninjau perkembangan dan pembangunan semasa di KHTP.

Delegasi disambut mesra oleh Ketua Pegawai Operasi KTPC, Encik Che Khalid Md Din bersama barisan pengurusan KTPC. En. Khalid telah menyampaikan taklimat berkaitan perkembangan semasa dan berkongsi pengalaman dalam membangunkan kawasan industri KHTP.

Delegasi KESEDAR juga turut dibawa melawat KHTP Xperience Centre (KXR) dan lawatan sekitar kawasan KHTP, yang diketuai oleh Ts. Mohd Azrulfitri Mohd Yusof, Ketua Divisyen Pembangunan Tanah KTPC.

Semoga sesi kunjungan ini dapat memberi manfaat serta mengukuhkan lagi hubungan antara kedua belah pihak dalam memajukan kawasan perindustrian.

Skip to content