𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐞 𝐆𝐨𝐯𝐞𝐫𝐧𝐦𝐞𝐧𝐭 𝟒 (𝐒𝐆𝟒) 𝐊𝐞 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤 (𝐊𝐇𝐓𝐏)

𝟏𝟏 𝐍𝐨𝐯 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐥𝐮𝐛

Delegasi State Government 4 (SG4) yang melibatkan kerjasama empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah mengadakan lawatan kerja ke KHTP bersempena Bengkel Pelan Strategik Kluster 2 SG4.

Tujuan lawatan adalah bagi meneroka pengalaman KHTP dalam membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi serta cabaran yang dihadapi dalam membawa masuk pelaburan ke KHTP.

Delegasi lawatan diketuai oleh YB. Ts. Dr. Mohd Suffian Yusoff, ADUN Bandar Baharu mewakili Kerajaan Negeri Kedah bersama barisan wakil SG4 disambut mesra oleh pengurusan KTPC. Perkongsian berkaitan pembangunan dan perkembangan KHTP telah disampaikan oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Ketua Pegawai Kewangan KTPC.

Diharapkan sesi lawatan dan percambahan idea dua hala ini dapat memberi manfaat dalam membangunkan dan memajukan kawasan perindustrian di Malaysia.

Skip to content