𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐤𝐬𝐢 : 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 & 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤 (𝐊𝐇𝐓𝐏)

𝟐𝟗 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menerima kehadiran para pegawai dan kakitangan lantikan baru Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi Kursus Induksi Pengurusan & Ekosistem Pelaburan KHTP. Kursus ini merupakan inisiatif strategik dalam memberi pendedahan menyeluruh berkaitan fungsi dan peranan penting dalam pengurusan serta pembangunan organisasi.
Sesi induksi dimulakan dengan lawatan sekitar KHTP terutama tapak-tapak projek semasa dimana para pegawai mendapat pengalaman sebenar dan lebih dekat terhadap persekitaran kawasan perindustrian. Seterusnya, sesi pengenalan terhadap KTPC dan KHTP telah disampaikan oleh Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Korporat. Taklimat ini memberi fokus kepada peranan KTPC selaku pemaju dan pengurus kawasan perindustrian serta pembangunan KHTP.
Pn. Noor Aina Umar, Pengurus Jabatan Jualan & Khidmat Pelabur meneruskan sesi kedua berkaitan pengurusan dalam menarik masuk pelaburan ke KHTP serta berkongsi pengalaman dalam menghadapi cabaran dan strategi bagi memastikan kemasukan pelaburan. Sesi seterusnya berkaitan membawa masuk industri sokongan ke KHTP telah disampaikan oleh En. Noor Izam Ishak selaku Pengurus Jabatan Sewaan KTPC.
Para peserta turut diberi penekanan terhadap proses dan keberkesanan pemantauan prestasi kakitangan bagi memastikan keberhasilan pengurusan syarikat. Perkongsian telah disampaikan oleh Pn. Suriza Jaafar, Pengurus Jabatan Pemantauan & Khidmat Sokongan.
Di akhir program, YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC turut bersama para peserta bagi sesi penggulungan. YBhg. Dato’ merumuskan keseluruhan intipati dan perkongsian bagi memastikan objektif kursus tercapai. Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat membuka minda para peserta dan memperkukuhkan kefahaman berkaitan sektor industri dan pelaburan khasnya di KHTP.
Skip to content