𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐉𝐋𝐚𝐧𝐝 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝 𝐤𝐞 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤

𝟏𝟗 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menerima kunjungan hormat serta lawatan kerja dari JLand Group Sdn Bhd (JLG) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Pengerusi JLG dan merangkap Presiden & Ketua Eksekutif JCorp serta delegasi ke KHTP.

Taklimat dan perkongsian berkaitan pembangunan semasa KHTP telah disampaikan oleh En Che Abdul Khalid Md Din, Ketua Pegawai Operasi KTPC kepada semua yang hadir.

Semoga kunjungan kali ini dapat memberi manfaat serta membuka peluang kerjasama antara kedua dua pihak dalam meningkatkan ekonomi dalam sektor pembangunan kawasan industri.

Skip to content