𝟐𝟏 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
KTPC berbesar hati menerima kunjungan hormat yang diketuai oleh Puan Mazmiza Mihat, Pengarah Audit Negara, Negeri Kedah diiringi oleh Puan Noor Faizah Ibrahim dan Encik Shafrizal Shafie.
Delegasi disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, dengan disertakan taklimat dan perkongsian berkaitan KTPC & pembangunan KHTP.
Seterusnya, delegasi dibawa melawat galeri digital KHTP Xperience Centre (KXR), bagi mendapatkan pengalaman yang lebih dekat berkaitan KHTP secara maya.
Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat serta mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara kedua pihak.