𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐓𝐏𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝟐𝟕-𝟐𝟖 𝐍𝐨𝐯 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐒𝐩𝐨𝐫𝐭𝐬 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐱

Seramai 180 kakitangan Kumpulan KTPC terlibat sebagai pemain dari 10 pasukan yang bertanding dalam acara sukan tahunan, Kejohanan Sukan Tertutup Kumpulan KTPC. Bagi menyatakan sokongan terhadap acara tahunan ini, kejohanan turut disertai oleh barisan Pengurusan Tertinggi Kumpulan KTPC.

Sebanyak 6 kategori sukan dipertandingkan pada tahun ini iaitu Badminton, Ping Pong, Karom, Congkak, Dart & Sukaneka. Kumpulan KTPC 1 telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dan berjaya merangkul Piala Pusingan Kejohanan.

Semoga dengan penglibatan dalam acara sukan ini dapat membina jaringan ukhuwah sesama kakitangan selain membentuk kekuatan fizikal dan mental melalui kecergasan rohani dan jasmani.

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢!

Skip to content