𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐂𝐞𝐥𝐜𝐨𝐦𝐃𝐢𝐠𝐢

𝟑𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) dan CelcomDigi Berhad telah memeterai perjanjian kerjasama strategik selama 15 tahun bagi pembangunan dan penyediaan infrastruktur ketersambungan gentian optik di Zon Perindustrian Fasa 4A (IZP 4A), Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Kerjasama ini bakal memperkukuh keupayaan infrastruktur digital IZP 4A melalui penyediaan rangkaian gentian optik berkapasiti tinggi serta penyelesaian ketersambungan perusahaan yang lebih cekap, stabil dan bersesuaian dengan keperluan industri berteknologi tinggi.
Inisiatif ini bukan sahaja menyokong kelancaran operasi dan transformasi digital syarikat yang beroperasi di KHTP, malah menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya saing KHTP sebagai destinasi pelaburan strategik.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan KTPC dalam menyediakan ekosistem perindustrian yang lengkap, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Satu lagi langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem perindustrian berteknologi tinggi di KHTP!