𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐁𝐓 𝐓𝐏𝐇𝐓𝐊 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐝𝐢 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menganjurkan Majlis Penanaman Pokok yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Sunita Abdul Aziz, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) bersama YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC. Majlis ini adalah simbol komitmen bersama dalam memperkukuh agenda kelestarian alam sekitar serta mewujudkan persekitaran Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang lebih hijau, kondusif dan lestari.
Majlis ini turut menyaksikan penanaman pokok Kemboja (Plumeria) yang melambangkan ketenangan, keharmonian dan kelestarian. Inisiatif penghijauan yang sedang dilaksanakan melibatkan sebanyak 3,701 pokok dan tanaman landskap, termasuk Kelat Paya, Ficus Gold dan Jasmine Dwarf Green, yang telah bermula pada 14 Julai 2026 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 7 Ogos 2026.
KTPC turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Puan Sunita Abdul Aziz, Yang Dipertua PBT TPHTK, atas cadangan, inisiatif serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan usaha penanaman pokok ini. Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan pembangunan KHTP terus dilaksanakan secara mampan, seimbang dan mesra alam demi kesejahteraan warga industri serta generasi akan datang



